Thursday 7 April 2011

Progress Teratak kasih Bonda

Hari ini 7 April, lantaran meeting dengan pelajar malam ini, adalah sedikit masa yang sangat terluang menjelang lepas waktu pejabat untuk update blog Teratak kasih bonda ini. Rindu untuk menulis disini, malah beberapa kali melihat gambar gambar yang berkaitan penulisan ini.

Pelan yang sudah kemas dengan detail CB telah diserahkan kepada kontraktor kawan baik adik ipar sendiri Nazeri namanya. Nazeri adalah salah seorang partner dengan syarikat kontaktor bersama abangnya Zainudin. hati ini sudah berkata kata bila melihat zaiinudin kali pertama, dia ni kelihatan berpengalaman apalagi pengalaman dari bawah sudah tentu orangnya penuh susah senang untuk berada diatas. Minggu cuti sekolah, zainudin datang untuk site visit kali pertama, lama juga kami berbual sambil meliaht seluruh sekitar rumah dan semuanya dicatat dan diperiksa zainudin untuk kepastian keluasan.
kelihatan Zainudin, my hubby dan Bak berbual bual selepas sessi site visit.

Dalam seminggu sekembalinya semua ke Kuala Lumpur, kami sekali lagi meeting di Old Town White Coffee, kebetulan hari itu aku kurang sihat maka tidak berdaya untuk menyetujui meeting jauh jauh dari rumah. Untuk mengajak mereka naik ke apartment pun huuuhuuu kami bukanlah jenis boleh segera terima tetamu..faham fahamlah rasmi orang bekerja rumah kekadang jadi tempat untuk tidur sahaja.

Mereka berempat duduk berbincang secara detail setiap pelan dan ada sedikit tambahan dalam pelan yang asal, selesai meeting mereka terus diminta sediakan quatation.

Pengendalian profesional keatas sebuah rumah kampung!

kami hanya mampu mendengar dan cuba memahami buah bicara bidang yang jauh dari kami ini...cuma beberapa kali aku tegaskan BUDGETKU..hehe


Stage perbincangan kedua berakhir bila pengubahsuaian plan dibuat dan electrical paln dipersetujui, seterusnya semlm mereka kembali dudk di Kenny Rogers untuk perbincangan Quatation. Aku tahu adik iparku sudah separuh nyawa sebak melihat harga yang diletakkan jauh sangat tainggi dari budget yang sudah diannouncekan padaku. Aku minta dia bertenang, aku percaya setiap quatation masih boleh diarguekan..inilah masanya kita bermuafakat tapi dalam masa yang sama menyatakan ketidaksetujuan. padaku kerja zamri berat, dia cuba menjaga budget yang telah aku gariskan dan aku pun terpaksa upkan sedikit lagi budget nasib baiklah masih ada jalan yang sedia ada tinggal lagi perlukan maksud SACRIFICE...huhu tak pa lah..aku masih tidak rugi apa apa malah inilah masanya untuk aku menilai pengorbanan dan sokongan orang orang disekelilingku. Alhamdulilah.

Semalam tepat pukul 12 malam, ketika aku masih berborak dengan adik Linda sambil menunggu zamri siap berbincang dengan mata yang sudah hampir mengantuk telinga yang menyambar FIGURE terakhir hasil discussion terus menjadikan aku kembali segar...RM120,000.00 itulah harganya sebuah TERATAK KASIH BONDA yang bakal dimulakan pembinaannya antara 15 April hingga 20 April selepas melalui process guaman dan penyerahan projek.

Dalam diam diam disust hatiku ada sebuah rasa YAKIN walau adik ipar kelihatan agak cemas dan tertekan...mungkin keyakinan itu adalah ilahm yang Alalh berikan padaku bahawa sesuatu yang baik buat ibu bapa bila diselangi dengan sebuah NIAT yang jujur dan ikhlas demi kasih sayang dan diminta tolong pada Allah tuhan yang SATU..Insya Allah...akan jadilah kenyataan..DiMINDAKU sudah TERGAMBAR wajah  ceria BONDAKU diteratak kasihnya...Ya Allah aku masih perlu panjatkan doa buatmu PERMUDAHKANLAH sebarang kesukaran kami..izinkan aku melihat kedua ibubapaku menikmati PELUANG SELESA di TERATAK KASIH mereka.