Saturday 18 June 2011

Stage 70% pembinaan.

Sudah lama tidak mengunjungi Blog ini walau gambar tersedia ada dirakamkan setiap kali berkunjung pulang demi anak anak dan tugasan adik ipar bagi emmastikan kelancaran kerja. Hari ini dek kerana programme dipendekakan, adalah sedikit masa untuk meneruskan kerja kerja tertangguh blog ini. 

Gambar ini aku rakam sebelum aku bercuti ke Korea. Dalam berat disebabkan business partner yang tidak jadi pergi dan keadaan budget yangs engit kerana terlalu laju progress teratak kasih bonda ini, akhirnya hubby menyuruh aku pergi atas 5 sebab termasuk kemudahan adanya Li dan Maria disana. projek ini juga mencetus idea buat Li untuk membina Banglo diKuantan dan bakal berbincang dengan zamri adik iparku dan nampak gayanya kami ada susulan projek dibawah Bonda Construction and management, moga Allah murahkan rezeki buat semua. Tiada langsung kritikan yang keterlaluan dari mulut adik iparku zamri terhadap kerja kerja yang dibuat oleh para pekerja Zainudin ini, mereka memang sangat berkemahiran dan aku redah hati melihat ketulusan mereka bekerja. kerana itulah saban waktu pulang aku dan Linda berpakat mengadakan jamuan kecil kecilan menampung wang dapur mak menjamu mereka makan. bila hati mereka gembira biarlah satu hari nanti mereka membawa pulang kenangan INDAH bekerja dengan kami. Aku pasti hati gembira memberikan tenaga yang banyak dan positive dan hati begini juga bakal berdoa dalam menyiapkan kerja kerja mereka sepertimana pesan seorang ustaz padaku satu ketika dulu...buat baiklah walau hanya pada pekerja binaan dirumah kita, kerana doa doa mereka dalam pembinaan juga bakal melahirkan rahmat buat seisi rumah. Alhamdulilah. ini saja yang mampu kami sediakan dan mampu kami hulurkan, sesungghnya kami merasa beruntung dengan rezeki rezeki pertemuan dan persahabatan yang menjadikan kerja semakin senang.


inilah Ruang dry kitchen mak

Ini wet kitchen mak..banyak tingkap dan bagus pengudaraan


kerja kerja touch up teraakhir diwet kitchen



Binaan baru dilihat dari depan


Bilik Iwan


bahan bahan yang masih belum dikerjakan


Bilik Acik

Ruang tamu pandangan atas

keseluruhan dari depan rumah yang masih belum sempurna sepenuhnya


pandangan dari arah pintu belakang ke wet kitchen


Final Touch wet kitchen..dapur sementara mak akan berpindah kesini.

Untuk tempuh kerja kerja begini, aku kesihan pada mak, muka mak kelihatan stress sebab mak bukanlah seorang yang betah berada ditempat yang kelam kabut dan lintang pukang. tapi seseklai aku menagkap kelibat mata mak yang bersinar sinar kegembiraan ...katanya DIA TIDAK PERNAH TERMIMPI MAMPU MENIKMATI SEMUA INI...mak dalam rezeki saya banyak Allahs andarkan buat mak...Nikmatilah mak moga hatis aya puas gembira kerana melihat mak begitu gembira dan bahagia setelah sekian lama melalui hidup yang tertekan dan derita dan TERUS BERTAHAN DEMI kami anak anak mak...

ya Allah kau panjangkan usia IBUKU INI aminnnnnnnnn.