Wednesday 11 May 2011

Tahap permulaan TERATAK KASIH BONDA

Hari ini barulah ada sedikit masa sebelum pulang kerumah selepas sebuah discussion panjang bersama Kak Umai. Aku membelek gambar gambar yang diambil sebagai tahap permulaan Teratak Kasih Bonda. Memang serasa sudah tersangat lama tidak menulis disini, kali terakhir sebelum stage perbincangan harga. Bermula dari hari pertama projek bermula iaitu 20 April hinggalah hari ini dan jumaat bakal melihat stage seterusnya.

Kelihatan tapak rumah sudah diratakan dan tiang sudah mula naik

Ruang projek ayam bak sudah tidak kelihatan lagi

pengisar simen kelihatan didepan rumah hinggakan semua jiran ingat kami nak buat bangunan

pekerja mahir buruh binaan dari Indonesia...mereka kerja sangat pantas

Sudah hampir kelihatan bilik utama iaitu bilik mak dan Bak sekaligus merupa bilik solat para tetamu


Alhamdulilah saban minggu aku dan adik beradik pulang. Seronok tenguk wajah mak begitu gembira sudah tiada lagi kelam tandakesesakan didalam dadanya, sudah tiada lagi kerutan tanda kesukarannya..Alhamduliah aku begitu sejuk tenguk muka mak, dan aku bangga setiap kali melihat senyum mak. Mak segalanya buat aku. Moga belum terlambat diruang ini untuk aku ucapkan Selamat hari ibu buat BONDA ku tercinta, sungguh besar jasa mak dalam hidup saya, sungguh bererti susur perjalanan yang Allah sudah atur buat kita, Saya masih ada mak, diusia saya begini saya hanya ingin bahagiakan mak walau saya tahu andai saya mempertaruhkan gunung intan seklai pun saya belum mampu membalas jasa mak. Pinta saya buat adik adik semua biarlah diwaktu begini mak merasai semua KEREHATAN DAN KENIKMATAN dari kita anak anaknya..Sesiapa yang bermusuh dengan mak dan biadap dengan mak dia sebenarnya membina PERMUSUHAN DAN BIADAP dengan saya.


DIA IBUKU..aku TERSANGAT BANGGA dan bersyukur dianugerahi Allah insan sepertinya persis Arwah nenekku Tuan Syarifah Binti Tuan Tengah