Tuesday 1 May 2012

Pagi RAYA 2011

Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar..La Ilahahaillah waullahu Akbar..Allahu Akbar walilah Ilham. sayup sayup takbir raya menyentuh sanubari, menikam rasa pilu dihati, bergetar rasa mengakui keagungan Ilahi. Selepas sebulan menunaikan ibadah Puasa, berjuang menahan diri lapar dan dahaga, Allah mengembirakan hati kita semua dengan IMARAHNYA 1 SYAWAL. Alhamdulilah masih sempat kukucup tangan ayah dan bonda memohon terhapus salah kata dan bicara sebagai anaknya. Alhamdulilah juga kurniaan kasih sayang keluarga adik adik dan saudara mara serta jiran tetangga menghiasi dairi hidup kami sehingga mata terpejam. Raya 2011 lain dari raya raya sebelumnya kerana diraikan dirumah baru teratak kasih Bonda, cuma ralat..atas kesilapan kecil yang disalah mengertikan RAJUK seorang kakak terus berpanjangan walau maaf dihulur bertalu talu. Apakan daya kalau itu sudah pilihannya. Mengapa dan kenapa tidak pernah secara terbuka ditanya agak terjawab sebuah TANDA TANYA yang jauh lebih baik dari mengadu domba disini sana. Kata orang, setiap keluarga ada cerita pahit...sukar bagiku untuk mengiyakannya kerana bagiku keluarga adalah INVESTMENT aku selama lama.


 Juadah raya SIAP Terhidang

 Angah dan Ateh

 Mama dan Nana

 Perempuan antara kami

 Angah dan Acik

 Acik dan Alissa

 Angah dan Adik

 Mama, Kak Nana dan fayyadh

 harraz dan mama

 Agenda penting Harraz..gali biskut raya

 Tetamu Istimewa bak sekembali solat Raya

 Ateh depan Rumah

 Home made Satay

 Home made Rendang

Lemang tempah 

 Home made nasi dagang

 Kuah nasi dagang

 kami sekeluarga

....... Dan Ateh

 Mohon Ampun dari BONDA

 Pelukan syawal buat Ayahanda

 Sebak ...Tidak pernah terhimpun salahmu nak

 Meriah ketibaan TETAMU

 Ruang besar kebanggaan untuk berkumpul

Berbagi duit raya 

 Ateh dan Amin Azizi..satu satunya uncle yg setia

Menimati nasi dagang BONDA 

 Ummi dayang dan menantu

 Bangga Berkeluarga

 Serumpun pertalian darah

 Anak anak mama yang MEMBAHAGIAKAN

 Tetamu istimewa dari KL..Yen Nee dan famili

 Apa bisik kat mummy tu Boy?

Kenangan bersama Yen Nee


Walau ada yang kurang, kami tetap bahagia, walau apa pun yang dikata dan dihina hati kami tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga satu hari Allah membuka pintu hati kedegilan mereka, berpijak dibumi nyata, selamanya tidak semua mampu diperbodohkan. janganlah sehingga nyawa dihalkum, ketika suara sudah tidak mampu keluar , keluar air mata darah sekali pun perkataan MAAF dan SAYANG sudah sukar untuk diucap. Jangan mencipta Double kerugian..rugi dunia dan rugi akhirat. Allah maha melihat ,mendengar dan memahami. Salam sayang dari selamat hari raya dari kami di TERATAK KASIH BONDA.

No comments:

Post a Comment