Menjelang Hari Raya bermakna hari terakhir puasa. Hari yang paling sibuk bagi Si Ibu untuk memastikan rumah dan juadah siap terhidang. Ibu yang sudah begitu lama berbakti taidak sepatutnya ditinggalkan sendirian menyediakan kegembiraan buat semua. Anak anak WAJIB berpakat balik, kerja berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Dalam mood puasa yang termata letih kerana cabaran hari terakhir seronok melihat gelagat semua orang.
Fayyadh bantu kopek kelapa
Harraz turut serta berhempas pulas
Aiman tidak mahu ketinggalan
Kami terburai ketawa melihat akal Aiman berkerja
Ayah dan Ateh sedang siapkan sesuatu
Sifu dan Tongga saling membantu
Waktu berbuka paling bahagia
Indahnya Jalinan Keluarga
Ayah dan Ibu..mereka permulaan Kami
Semua sedang menikmati air tangan Bonda
Ikan percik tidak bersisa
Sifu dan Tongga tetap bersama
Berehat seketika
Ruang tamu dan kuih raya simple saja
Ada yang follow rancangan menjelang Raya
Biskut Raya untuk tetamu...tunjuk kat kedai saja hehe
Kalau anak anak kembali lebih awal..sang ibu pasti lebih bersemangat, semua ibu lakukan untuk anak anak menantu dan cucu. hanya sedikit ruang untuk dirinya. Seumur hidup aku tidak akan bertemu WANITA HEBAT seperti bondaku.
No comments:
Post a Comment