Yang pergi pasti tidak akan kembali lagi. kita yang hidup terus mengharap rahmat Allah untuk meneruskan kehidupan ini, namun tidak sesekali yang sudah pergi dipinggirkan. Doa dan bacaan Quran buat Ruhnya sentiasa segar dari kami. Sempena raya yang mulia, dihari ke2, kami sekeluarga mengunjungi pusara Azman bin Mamat, arwah adik yang meninggal pada 19 February 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat buat rohmu dik. Semadilah dengan aman, kami cuba mengadakan apa saja hasrat dan cita citamu yang tidak kesampaian.
Al Fatihah ..Semadi dengan aman duhai adikku tersayang
Assalamualaikum Man..mak dan keluarga datang ni..
Bertafakur seketika..menyedekahkan doa dan bacaan Quran
Kami tetap RASA KEHILANGAN
Mia senyum tidak mengerti apa apa
Sugul Bonda merenung kubur anaknya
Entah apa yang Alissa fikir...
banyak yang cuba angah ingin sampaikan..kalaulah Man masih boleh mendengar
Muka sedih mak merenung persemadian anak harapannya
Alya penawar duka kami
Beraya rumah wan
kakak dan wan santa manja
kakak peganti mama disisi wan..tugas mama makin besar untuk semua.
Sehari bersama dipusara dan keluarga Izan dikg Gemuruh cukup buat kami mengeratkan lagi silaturahim. Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk beraya dengan wan di Kampung Buluh, Kuala Berang. Sehingga jumpa lagi pada Raya tahun depan 2012 kalau umur panjang dengan izin tuhan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment