Saturday 18 June 2011

Stage 70% pembinaan.

Sudah lama tidak mengunjungi Blog ini walau gambar tersedia ada dirakamkan setiap kali berkunjung pulang demi anak anak dan tugasan adik ipar bagi emmastikan kelancaran kerja. Hari ini dek kerana programme dipendekakan, adalah sedikit masa untuk meneruskan kerja kerja tertangguh blog ini. 

Gambar ini aku rakam sebelum aku bercuti ke Korea. Dalam berat disebabkan business partner yang tidak jadi pergi dan keadaan budget yangs engit kerana terlalu laju progress teratak kasih bonda ini, akhirnya hubby menyuruh aku pergi atas 5 sebab termasuk kemudahan adanya Li dan Maria disana. projek ini juga mencetus idea buat Li untuk membina Banglo diKuantan dan bakal berbincang dengan zamri adik iparku dan nampak gayanya kami ada susulan projek dibawah Bonda Construction and management, moga Allah murahkan rezeki buat semua. Tiada langsung kritikan yang keterlaluan dari mulut adik iparku zamri terhadap kerja kerja yang dibuat oleh para pekerja Zainudin ini, mereka memang sangat berkemahiran dan aku redah hati melihat ketulusan mereka bekerja. kerana itulah saban waktu pulang aku dan Linda berpakat mengadakan jamuan kecil kecilan menampung wang dapur mak menjamu mereka makan. bila hati mereka gembira biarlah satu hari nanti mereka membawa pulang kenangan INDAH bekerja dengan kami. Aku pasti hati gembira memberikan tenaga yang banyak dan positive dan hati begini juga bakal berdoa dalam menyiapkan kerja kerja mereka sepertimana pesan seorang ustaz padaku satu ketika dulu...buat baiklah walau hanya pada pekerja binaan dirumah kita, kerana doa doa mereka dalam pembinaan juga bakal melahirkan rahmat buat seisi rumah. Alhamdulilah. ini saja yang mampu kami sediakan dan mampu kami hulurkan, sesungghnya kami merasa beruntung dengan rezeki rezeki pertemuan dan persahabatan yang menjadikan kerja semakin senang.


inilah Ruang dry kitchen mak

Ini wet kitchen mak..banyak tingkap dan bagus pengudaraan


kerja kerja touch up teraakhir diwet kitchen



Binaan baru dilihat dari depan


Bilik Iwan


bahan bahan yang masih belum dikerjakan


Bilik Acik

Ruang tamu pandangan atas

keseluruhan dari depan rumah yang masih belum sempurna sepenuhnya


pandangan dari arah pintu belakang ke wet kitchen


Final Touch wet kitchen..dapur sementara mak akan berpindah kesini.

Untuk tempuh kerja kerja begini, aku kesihan pada mak, muka mak kelihatan stress sebab mak bukanlah seorang yang betah berada ditempat yang kelam kabut dan lintang pukang. tapi seseklai aku menagkap kelibat mata mak yang bersinar sinar kegembiraan ...katanya DIA TIDAK PERNAH TERMIMPI MAMPU MENIKMATI SEMUA INI...mak dalam rezeki saya banyak Allahs andarkan buat mak...Nikmatilah mak moga hatis aya puas gembira kerana melihat mak begitu gembira dan bahagia setelah sekian lama melalui hidup yang tertekan dan derita dan TERUS BERTAHAN DEMI kami anak anak mak...

ya Allah kau panjangkan usia IBUKU INI aminnnnnnnnn.










Wednesday 11 May 2011

Tahap permulaan TERATAK KASIH BONDA

Hari ini barulah ada sedikit masa sebelum pulang kerumah selepas sebuah discussion panjang bersama Kak Umai. Aku membelek gambar gambar yang diambil sebagai tahap permulaan Teratak Kasih Bonda. Memang serasa sudah tersangat lama tidak menulis disini, kali terakhir sebelum stage perbincangan harga. Bermula dari hari pertama projek bermula iaitu 20 April hinggalah hari ini dan jumaat bakal melihat stage seterusnya.

Kelihatan tapak rumah sudah diratakan dan tiang sudah mula naik

Ruang projek ayam bak sudah tidak kelihatan lagi

pengisar simen kelihatan didepan rumah hinggakan semua jiran ingat kami nak buat bangunan

pekerja mahir buruh binaan dari Indonesia...mereka kerja sangat pantas

Sudah hampir kelihatan bilik utama iaitu bilik mak dan Bak sekaligus merupa bilik solat para tetamu


Alhamdulilah saban minggu aku dan adik beradik pulang. Seronok tenguk wajah mak begitu gembira sudah tiada lagi kelam tandakesesakan didalam dadanya, sudah tiada lagi kerutan tanda kesukarannya..Alhamduliah aku begitu sejuk tenguk muka mak, dan aku bangga setiap kali melihat senyum mak. Mak segalanya buat aku. Moga belum terlambat diruang ini untuk aku ucapkan Selamat hari ibu buat BONDA ku tercinta, sungguh besar jasa mak dalam hidup saya, sungguh bererti susur perjalanan yang Allah sudah atur buat kita, Saya masih ada mak, diusia saya begini saya hanya ingin bahagiakan mak walau saya tahu andai saya mempertaruhkan gunung intan seklai pun saya belum mampu membalas jasa mak. Pinta saya buat adik adik semua biarlah diwaktu begini mak merasai semua KEREHATAN DAN KENIKMATAN dari kita anak anaknya..Sesiapa yang bermusuh dengan mak dan biadap dengan mak dia sebenarnya membina PERMUSUHAN DAN BIADAP dengan saya.


DIA IBUKU..aku TERSANGAT BANGGA dan bersyukur dianugerahi Allah insan sepertinya persis Arwah nenekku Tuan Syarifah Binti Tuan Tengah










Thursday 7 April 2011

Progress Teratak kasih Bonda

Hari ini 7 April, lantaran meeting dengan pelajar malam ini, adalah sedikit masa yang sangat terluang menjelang lepas waktu pejabat untuk update blog Teratak kasih bonda ini. Rindu untuk menulis disini, malah beberapa kali melihat gambar gambar yang berkaitan penulisan ini.

Pelan yang sudah kemas dengan detail CB telah diserahkan kepada kontraktor kawan baik adik ipar sendiri Nazeri namanya. Nazeri adalah salah seorang partner dengan syarikat kontaktor bersama abangnya Zainudin. hati ini sudah berkata kata bila melihat zaiinudin kali pertama, dia ni kelihatan berpengalaman apalagi pengalaman dari bawah sudah tentu orangnya penuh susah senang untuk berada diatas. Minggu cuti sekolah, zainudin datang untuk site visit kali pertama, lama juga kami berbual sambil meliaht seluruh sekitar rumah dan semuanya dicatat dan diperiksa zainudin untuk kepastian keluasan.
kelihatan Zainudin, my hubby dan Bak berbual bual selepas sessi site visit.

Dalam seminggu sekembalinya semua ke Kuala Lumpur, kami sekali lagi meeting di Old Town White Coffee, kebetulan hari itu aku kurang sihat maka tidak berdaya untuk menyetujui meeting jauh jauh dari rumah. Untuk mengajak mereka naik ke apartment pun huuuhuuu kami bukanlah jenis boleh segera terima tetamu..faham fahamlah rasmi orang bekerja rumah kekadang jadi tempat untuk tidur sahaja.

Mereka berempat duduk berbincang secara detail setiap pelan dan ada sedikit tambahan dalam pelan yang asal, selesai meeting mereka terus diminta sediakan quatation.

Pengendalian profesional keatas sebuah rumah kampung!

kami hanya mampu mendengar dan cuba memahami buah bicara bidang yang jauh dari kami ini...cuma beberapa kali aku tegaskan BUDGETKU..hehe


Stage perbincangan kedua berakhir bila pengubahsuaian plan dibuat dan electrical paln dipersetujui, seterusnya semlm mereka kembali dudk di Kenny Rogers untuk perbincangan Quatation. Aku tahu adik iparku sudah separuh nyawa sebak melihat harga yang diletakkan jauh sangat tainggi dari budget yang sudah diannouncekan padaku. Aku minta dia bertenang, aku percaya setiap quatation masih boleh diarguekan..inilah masanya kita bermuafakat tapi dalam masa yang sama menyatakan ketidaksetujuan. padaku kerja zamri berat, dia cuba menjaga budget yang telah aku gariskan dan aku pun terpaksa upkan sedikit lagi budget nasib baiklah masih ada jalan yang sedia ada tinggal lagi perlukan maksud SACRIFICE...huhu tak pa lah..aku masih tidak rugi apa apa malah inilah masanya untuk aku menilai pengorbanan dan sokongan orang orang disekelilingku. Alhamdulilah.

Semalam tepat pukul 12 malam, ketika aku masih berborak dengan adik Linda sambil menunggu zamri siap berbincang dengan mata yang sudah hampir mengantuk telinga yang menyambar FIGURE terakhir hasil discussion terus menjadikan aku kembali segar...RM120,000.00 itulah harganya sebuah TERATAK KASIH BONDA yang bakal dimulakan pembinaannya antara 15 April hingga 20 April selepas melalui process guaman dan penyerahan projek.

Dalam diam diam disust hatiku ada sebuah rasa YAKIN walau adik ipar kelihatan agak cemas dan tertekan...mungkin keyakinan itu adalah ilahm yang Alalh berikan padaku bahawa sesuatu yang baik buat ibu bapa bila diselangi dengan sebuah NIAT yang jujur dan ikhlas demi kasih sayang dan diminta tolong pada Allah tuhan yang SATU..Insya Allah...akan jadilah kenyataan..DiMINDAKU sudah TERGAMBAR wajah  ceria BONDAKU diteratak kasihnya...Ya Allah aku masih perlu panjatkan doa buatmu PERMUDAHKANLAH sebarang kesukaran kami..izinkan aku melihat kedua ibubapaku menikmati PELUANG SELESA di TERATAK KASIH mereka.







Wednesday 9 March 2011

Garapan IDEA teratak kasih bonda

Segala PERBUATAN datang dari MINDA. Minda telah memberi Isyarat pada hati semula dan perliku. idea idea yang keluar akan lagi kemas bila BERBINCANG, dan perbincanagn denga orang yang ada pengalaman dan kemahiran ada satu kejayan pertama sesebuah IDEA. Projek mebaik pulih rumah mak sudah melalui proses proses itu dan hasilnya dari MINDA yang berpengalaman dalam PELAN dan Construction sangat Menakjubkan. Thanks adik Iparku seklai lagi selaku partner yang rapat dalam soal ini..mungkin nanti kita juga akan berpadu tenaga dalam BONDA MANAGEMENT CONSTRUCTION..sapa tahu???

Plan pertama yang dibentangkan adik Ipar


Bila Pelan ini ditunjukan pada aku, serabut dan berbulu mata , hehe ini bukanlah bidang aku dan naik MUAL bila aku memaksa diri menilik sautu persatu portion hinggalah aku terpaksa memintanya present plan tersebut dan barulah aku belajar membaca pelan. barulah aku keutarakan perubahan demi perubahan dan diselangi menginagatkannya BUDGETKU hehe itu sangat penting. Everything biarlah under estimation when interm of budget!!



pelan kedua yang agak detail dan jelas yang dibentangkan adik iparku zamri



dan plan asas Ilustration pelukis pelan ini sangat aku suka namun dalam hati KECUT sebab nampak wallah besar jugak sure banyak BUDGET ni...


Untuk yang terlibat dalam usaha usaha Pelan ini kita akan panggil untuk majlis makan makan kat tempat yang BEST tak main le sekadar kedai mamak atau Vichudda..kita cari buffet dan boleh bawak isteri..anagh inigin bertemu 4 mata dengan mereka dan aman tahu dimasa akan datang kita ada USUL BISNESS  dan kita bakal melibatkan mereka. Will dicuss later date and venue.

Seakan IMPIAN berada didepan mata dan terbanayng bayang SENYUMAN BONDA sampai ke telinga...Senyumalah mak..you deserved to smile sambil bersujud syukur kerana Allah mendengar DOA mu untuk membuka PINTU HATIku untuk MOVE dan ACTION pada sesuatau yang sangat PERLU.


Saat ini  REALLY MISS YOU mak!!!



Mengapa TERATAK KASIH BONDA

Rumah Mak..pandangan Depan 1


Pagi Khamis yang penih SEGAR diMINDA kesan tidur awal dan rehat yang cukup memudahkan kerja menggarap BLOG ketiga saya selepas Tinta Kasih BONDA dan MAKOHMAK. Khas saya lakarkan sebuah BLOG yang memuatkan cerita dan kisah kasih sayang dalam sebuah rumah yang diberi nama TERATAK KASIH BONDA.

Mak saya seorang yang sangat RAJIN memasak dan melayani Tetamu persis nenek saya TUAN SYRIFAH. kami semua beruntung ada mak seperti dia an lantaran itu aku menajdi seorang yang sangat pandai MAKAN. Aku pernah terfikir untuk membuat sebuah dapur yang sangat istimewa buat mak dan biar dia rasa dapur tu HEAVEN untuknya. Namun idea itu meransang aku untuk lebih berfikir sesuatu yang perlu dan nyata, selain dapur ruang khas untuk tidur, makan, berkumpul juga perlu buat kami adik beradik. lalu tercetuslah idea untuk Membaik pulih seluruh rumah mak.

Rumah mak..pandangan depan 2


18 Tahun yang lalu, dalam tempuh 2 tahun aku GRAD, aku menumpukan untuk menyiapkan rumah mak sekadar membantu bapak, aku berani katakan share kami 60, 40 dan aku langsung tidak campur dengan siapa bapak bincang, bagaimana plan bapak, aku hanya bagi DUIT. selepas 15 tahun, rumah pun semkin UZUR, rumah pun tidak melaui satu standard pembuatan yang bagus. Bila aku ada IDEA, aku mencari kekuatan dan kali ini aku tidak mahu berkongsi dengan bapak bukan mnegenepikan dirinya tapi kerana aku lebih memikirkan keadaan bapakku, waktu waktu begini biarlah dia hanya memeikirkan dirinya dan kerehatannya. Aku perasan aku ada satu aset besar dalam famili, iaitu adik iparku ZAMRI. Dia seorang yang berkeliber dalam CONSTRUCTION. perlahan lahan aku berbincang dengan beliau dan kami lakarkan target dan jadual. Aku berharap sepenuhnya pada dia selepas aku menerangkan apa yang aku mahu.

Menyiapkan sebuah Rumah yang kuberi nama TERATAK KASIH BONDA khas buat MAK sebagai bukti aku menhargai kasih sayang dan pengorbanannya selama ini, malah dulu, kini dan selamanya, bukanlah diatas NIAT untuk aku memiliki harta mak. kata orang bersatu kita akan lagi teguh, mak dan bapak ada TANAH tapi tak ada duit, aku ada duit tapi tak ada TANAH yang ada hanya APARTMENT dua biji. hehe. Biarlah aku belajar untuk menjadi orang yang mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk mak dan adik adik. tiada usul pemilikan, tiada usul tamak haloba. Rumah itu akan menjadi tempat berkumpul sampai bila bila selesa dan akan djalankan semua aktiviti keagamaan dan kasih sayang.

Kata orang kalau kita tolong mak Allah akan membuka lebih luas PINTU REZEKI, dan aku berniat, kalau pintu rezekiku lagi luas seluruh adik beradikku akan merasa pakej UMRAH percuma semua sekali dan tiada siapa yang terkecuali tajaan aku. salah satu MIRACLE yang dimiliki tuhan ialah, dia mengetahu bila dan siapa dia akan memberikan lebih rezeki dan aku percaya dengan takdir rezeki itu. Plan rumah baru siap akhir bulan February 2011, Ideaku tercetus bulan Nov 2010 dan aku hampir tidak tahan melihat mak kebasahan sepanjang musim tengkujuh dek rumah yang semakin banyak kekurangan. dan kami bakal menjalankan pembinaan sejurus selepas cuti sekolah bulan MARCH, aku terpaksa memberikan tempoh 3 bulan kepada kontractor untuk mendapatkan hasil yang bagus bila mereka tidak terkejar kejar.

Di kesempatan ini aku ingin berterimakasih dan penuh TERHUTANG BUDI buat adik iparku Zamri, tanpa dia mungkin budgetku semkain banyak dan hasilnya belum tentu sempurna kerana dia juga sayangkan mak sudah tentu dia sendiri dengan pengathuan yang dia ada tidak mudah untuk ditipu mereka dalam bidang ini, dan aku mengaku tanpa ZAMRi aku mesti takut untuk menceburi sepenuhnya uasha usaha ini, juga terimkasih dan penuh kasih sayang buat SUAMIku insan yang hidup denganku dalam susah dan senang, terimkasih kerana SETUJU walau KELAT pada mulanya maaflah bang, Saya sangat TAHU apa yang saya MAHU dan SAYA SUKAR DITEWASKAN!!! itulah hakikatnya kerana saya seorang FIGHTER for RIGHT THING! biar kita susah sekejap dari kita susah selamanya, hidup berkongsi kasih sayang sesungguhnya SANGAT SEMPURNA. Juga terimakasih buat adik adik yang menyokong idea idea kak ngah, juga dik ipar kesayangan kami IZAN, juga tidak lupa satu satunya kakak ku DUNIA AKHIRAT Along Tersayang, Marah dan sakit hati bukan bermakna BENCI.

Terimkasih juga buat semua saudara jauh dan dekat kerana kalian semua menjadikan aku ingin terus menjadi POHON YANG RENDANG dari Simawar Berduri.

Teruskan mengikuti TERATAK KASIH BONDA



Teratak KASIH BONDA




Assalamualaikum PEMBUKA BICARA
Buat semua rakan, saudara , teman dan mereka yang TERJUMPA
Kasih sayang abadi terus kekal dihati dan MINDA
Hidup yang singkat janganlah berkeluh kesah dan BERPUTUS ASA


Dua tiga Kuching berlari dan LOMPAT TINGGI
Manakan sama si COMEL yang BEJATI DIRI
Dua Tiga dalam hidup beribu WANG KUMILIKI
Manakan sama BONDA ibuku SEJATI


Pisang emas dibawa Belayar
Pisang budi diatas peti
Hutang BONDA tak mampu kubayar
Kasih sayangnya Kubawa MATI


Bercerai kasih talak tiga
Jasad dan nyawa akan terpisah
Demi kasih kembara hati masih membara
Blog Teratak Kasih BONDA ada KISAH




Tiada yang lebih INDAH dalam hidup ini selain KASIH SAYANG, PERSEFAHAMAN, KERJASAMA, TOLERANSI dan SALING BERMAAFAN.